Iphone 12 Dilewatkan Pengeluaran Ke Bulan Oktober - Verst );

Type to search

E-Com Gajet Pilihan E-Com

Iphone 12 Dilewatkan Pengeluaran Ke Bulan Oktober

Share

Apple mengesahkan pengenalan model iPhone 12 akan dilewatkan daripada waktu kebiasaan. Khabar angin mengenai penundaan telah dinyatakan dari beberapa sumber seperti WSJ, Qualcomm, dan pembekal utama Apple Broadcom.

Apple biasanya melancarkan kemasukan model telefon pintar utamanya pada akhir September setiap tahun dimana kali ini CFO Apple, Luca Maestri mengatakan pada 31 Julai lalu bahawa ia tidak akan berlaku untuk tahun ini.

Maestri tidak mendedahkan sebab pengenalan iPhone 12 tertangguh. Kemungkinan perkara ini dipengaruhi oleh pandemik COVID-19 yang memaksa pengeluaran produk lain dihentikan buat sementara waktu.

Awal tahun ini, Foxconn yang merupakan salah satu pembekal utama Apple di China diminta menutup kilang pembuatan iPhone di Zhengzhou kerana kebimbangan coronavirus.

Pada tahun 2017 dan 2018, model iPhone X dan iPhone XR Apple mengalami kelewatan disebabkan oleh komplikasi dalam pengeluaran.

Sumber: MacRumors / The Verge
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!