iPhone 13 Akan Dilancarkan Mengikut Tarikh Asal - E-Com );

Type to search

E-Com Review

iPhone 13 Akan Dilancarkan Mengikut Tarikh Asal

Share

Penganalisis Apple Ming-Chi Kuo, mengatakan semalam dimana iPhone seterusnya perlu memasuki pengeluaran besar-besaran mengikut jadual biasa Apple, yang mana iPhone 12 terkesan dengan kelewatan akibat wabak COVID-19.

Apple terpaksa menutup pejabat dan kilangnya di China pada bulan Februari sebagai sebahagian daripada tindak balas COVID-19, yang mengakibatkan kelewatan pengeluaran besar-besaran sehingga 1-2 bulan.

Iphone

Apple masih dapat menjalankan pelancaran musim luruh untuk iPhon3 12, tetapi untuk pertama kalinya sejak 2011, syarikat itu terpaksa menangguhkan pelancaran dari September hingga Oktober. Dengan iPhon3 12 mini dan iPhon3 12 Pro Max dilancarkan pada 13 November.

Apple biasanya memulakan pengeluaran besar-besaran iPhone terbarunya pada awal musim panas tahun pelancaran, dan Kuo mengatakan bahawa iPhon3 13 berada di landasan yang betul untuk mengikuti semula jadual ini.

Kita mungkin dapat melihat telefen seterusnya, yang dilengkapi dengan chipset A15 baru dan didatangkan tanpa lubang pengecaj, pada bulan September tahun depan. Diharap pandemik Covid-19 yang dijangka berterusan tidak menyekat produksi telefon di masa akan datang.

Sumber
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!