iShareFans Sebuah Aktiviti Digital Scammer );

Type to search

Apps E-Com

iShareFans Disyaki Tawar Pendapatan Menggunakan Taktik Scam

Share

Semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan peningkatan wabak Covid-19 di Malaysia telah menyebabkan ramai yang kehilangan sumber pendapatan.

Lantaran itu ramai yang cuba membuat kerja sambilan dan perniagaan yang boleh menampung kehidupan mereka.

Tetapi baru-baru ini heboh di media sosial mengenai sebuah platform yang boleh digunakan untuk menambah duit poket anda.

iShareFans merupakan sebuah platform pekerjaan dimana anda hanya perlu menekan butang “like” dan “share” mana-mana video di media sosial seperti Instagram, TikTok dan Youtube.

Image
(Cara Mereka Menarik Orang; @zatinizam_)

Mereka yang terlibat terpaksa mengeluarkan modal yang agak banyak disamping mendedahkan segala maklumat diri mereka jika ingin “upgrade” keahlian mereka.

Kebanyakkan mereka yang terlibat adalah dari golongan pelajar, suri rumah, mereka yang kehilangan kerja dan golongan yang mudah tertipu.

Cara mereka menipu pengguna yang terlibat ialah mereka yang mengikuti kerja ini pada awal “batch” akan dapat mengeluarkan duit mereka.

Tetapi apabila sudah sampai waktunya, “scammer” akan menutup sistem web “scammer” sehingga mereka yang ditipu ini tidak boleh keluarkan duit mereka.

Image(Alasan Yang Dikeluarkan Oleh Pihak iShareFans)

Sudah ramai yang tertipu malah ada juga sebahagian yang bergaduh disebabkan perkara ini.

Perlu sentiasa ingat bahawa tiada kerja yang hanya duduk dan goyang kaki untuk dapatkan duit.

Sentiasa peka dan berhati-hati ketika ingin mengeluarkan modal terhadap pekerjaan yang kurang jelas.

(Sumber: Brojep Share)

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!