Isu 'PowerBank' Lagi, Haritu Kapal Terbang, Sekarang Kereta Pula Terbakar - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Isu ‘PowerBank’ Lagi, Haritu Kapal Terbang, Sekarang Kereta Pula Terbakar

Share

Pemilik sebuah Perodua Kancil iaitu seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerugian ribuan ringgit apabila kereta miliknya itu musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca dari ‘power bank’ yang ditinggalkan dalam kereta di Arau, 5 Januari lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari apabila kereta berkenaan diletakkan di luar rumah sewa pelajar berkenaan.

“Pelajar terbabit melihat asap keluar dari dalam keretanya lalu mendapati ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta itu terbakar.

Cubaan memadam kebakaran dilakukan, namun gagal sehinggalah rakannya menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, mereka menerima panggilan pada jam 1.59 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Dengan lambakan ‘Powerbank’ murah dipasaran, kami di Ecom berharap anda dapat menjaga serta tidak membiarkan produk sebegini ditinggalkan tanpa kawal selia yang baik.

Sumber: MyMetro

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!