Jepun Cipta 'Hi Toilet', Teknologi Kawal Guna Suara );

Type to search

E-Com Tech

Jepun Cipta ‘Hi Toilet’, Teknologi Kawal Guna Suara

Share
hi toilet

Hi Toilet ialah sebuah tandas awam yang dibuka sempena Sukan Olimpik Tokyo. Membuka pintu, menutup pintu, mengawal paip membasuh punggung, mengepam tandas, membuka paip air dan mengawal lagu latar belakang tandas kesemuanya boleh dilakukan dengan kawalan suara.

Terdapat kod QR pada alat kawalan tandas yang boleh diimbas pengguna. Kemudian sistem tandas dikawal terus dari telefon pintar menggunakan suara atau menu yang diberikan.

BACA: Pingat Olimpik Tokyo Diperbuat Dari Bahan Buangan? Jom Lihat Bagaimana Ia Dihasilkan

Hi Toilet menempatkan satu tandas duduk mesra OKU dan dua urinal untuk membuang air kecil.

Selain rekaan nirsentuh, sistem pengudaraan semula jadi juga digunakan bagi mengitar semula udara di dalam ruang tandas berbentuk bulat.

Pandemik menyebabkan kini semakin takut untuk memegang permukaan yang mungkin mempunyai bakteria dan virus.

Apabila menggunakan tandas awam, kerisauan meningkat sehingga dalam sebuah pungutan suara di Jepun, 60% pengguna menekan pam tandas dengan kaki dan 50% membuka pintu dengan tisu.

Penyelesaian kepada masalah ini di Jepun ialah menggunakan teknologi kawalan suara. bulat. Jika anda di Tokyo, Hi Toilet boleh digunakan di Taman Nanago Dori.

[Sumber: Design Boom]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!