Jutaan Pengguna Akan Kehilangan Akses Kepada WhatsApp Tahun Hadapan - Verst E-Com

Type to search

E-Com Apps

Jutaan Pengguna Akan Kehilangan Akses Kepada WhatsApp Tahun Hadapan

Share

1.5 bilion umat manusia yang merangkumi lebih daripada 180 negara, menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai perkhidmatan penghantaran mesej bagi pelbagai platform-Android, iOS, dan juga Windows Phone.

Melalui kenyataan syarikat dalam kemas kini terbaru mereka dimana pengumuman mengenai pengguna Telefon Windows tidak akan dapat menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 Januari 2020, dan WhatsApp tidak tersedia dalam Microsoft Store selepas 1 Julai 2019″.

Dalam kenyataan ini, apa yang lebih membimbangkan ialah peranti yang menggunakan versi Android dan iOS yang lama juga akan kehilangan akses kepada perkhidmatan ini bermula 1 Februari 2020.

Telefon pintar dengan versi android lama seperti Android 2.3.7 atau iOS 8 akan kehilangan akses kepada WhatsApp selepas Januari 2020 dimana anda masih boleh menggunakan WhatsApp, tapi tidak boleh membina akaun baru atau mengesahkan semula akaun sedia ada.

Berdasarkan versi terkini Android atau iOS yang disokong pada telefon pintar tertentu, model paling baru yang dijangkakan akan terjejas ialah seperti iPhone 4, Google Nexus One, dan semua model Windows Phone.

WhatsApp juga mengatakan bahawa mereka mengesyorkan pengguna menggunakan ‘update’ Android 4.0.3 dan keatas atau iOS 9 dan terkini.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!