Kanak-Kanak Di China Hanya Dibenarkan Bermain Aplikasi Itu Selama 40 Minit Sahaja Sehari );

Type to search

Apps E-Com

Kanak-Kanak Di China Hanya Dibenarkan Bermain Aplikasi Itu Selama 40 Minit Sahaja Sehari

Share
bermain

TikTok versi Cina telah memperkenalkan ‘mod remaja’ yang akan mengehadkan jumlah masa yang diluangkan oleh kanak-kanak di bawah usia 14 tahun selama 40 minit sehari.

Peraturan ini akan dikenakan pada pengguna yang berusia 14 tahun ke bawah yang telah mendaftar untuk aplikasi tersebut menggunakan nama sebenarnya, kata ByteDance yang berpangkalan di Beijing dalam satu kenyataan pada hari Sabtu lepas.

Selain itu, ia juga tidak akan tersedia untuk pengguna kanak-kanak antara pukul 10 malam dan 6 pagi, tambah pemilik TikTok.

bermain

Difahamkan, aplikasi itu juga akan memperkenalkan kandungan baru bermula daripada eksperimen sains dan muzium hingga ke pameran galeri seni dan pemandangan semula jadi bagi memberikan inspirasi buat golongan remaja.

bermain

Perubahan ini merupakan sebahagian daripada strategi terbaru untuk menumpukan perniagaan buat generasi akan dating bagi permainan dalam talian.

Bulan lalu , negara ini melarang pemain dalam talian di bawah usia 18 tahun bermain pada hari kerja dan hanya membenarkan mereka bermain hanya tiga jam pada hujung minggu.

bermain

Sekiranya peraturan yang sama dilancarkan di Malaysia, apa pendapat anda?

 

[Sumber]: cnn

 

Baca: TikTok Dah Boleh Buat Content Berdurasi 3 Minit Gais!

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!