Karakter Wanita Berhijab Dari Malaysia Muncul Di Dalam Hyper Scape - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gaming

Karakter Wanita Berhijab Dari Malaysia Muncul Di Dalam Hyper Scape

Share

Nampaknya, gamers tempatan boleh merasa sedikit berbangga dengan langkah Ubisoft memasukkan karakter baru, gadis berhijab Noor Casulink dalam permainan Battle Royale terbaharu mereka, Hyper Scape. 

Gadis dari Pekan, Pahang ini juga dikenali dengan nama penuh Noor Azimah Yusof dan mengikut info dari Wiki Hyper Scape, Noor adalah ‘wajah Asia Tenggara’. Namun, perkara itu ditolak oleh Noor secara terbuka, dengan alasannya bahawa ia “mengurangkan pemahaman tentang kepelbagaian etnik di wilayah asia tenggara ini”.

Beliau juga merupakan pempengaruh di media sosial. Noor muncul di dalam game ini dengan mengenakan busana yang ringkas iaitu turban beserta  jumpsuit futuristik yang berwarna jingga. 

Jika anda berminat dengan permainan video battle royale, pastikan anda dan rakan-rakan anda mencuba Hyper Scape! Anda boleh muat turun beta terbuka ini melalui laman web rasmi Hyper Scape.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!