Kejayaan SpaceX Lancarkan Satelit Orbit Kutub Pertama Dari Florida - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Kejayaan SpaceX Lancarkan Satelit Orbit Kutub Pertama Dari Florida

Share

SpaceX melakukan pelancaran satelit orbit kutub pertama dari kemudahan pelancaran Cape Canaveral. Misi Satelit bernama Falcon 9 membawa tiga muatan, termasuk satelit radar bukaan sintetik SAOCOM-1B dan dua satelit kecil untuk pelanggan Tyvack dan PlanetiQ.

Pelancaran itu berjalan pada jam 7:18 malam EDT dari Florida, dan menggunakan penggalak tahap pertama yang sebelum ini telah SpaceX gunakan dalam dua misi bekalan komersial berasingan bagi pihak NASA untuk Stesen Angkasa Antarabangsa, dan juga salah satu pelancaran satelit internet Starlink baru-baru ini.

Pelancaran ini menjadi yang pertama dan bersejarah, cuma keadaan cuaca pada peringkat awal tidak mengizinkan dan pelancaran ditangguhkan. Falcon 9 berjaya dilancarkan kemudian dengan jayanya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!