Kejohanan PUBG Mobile Oppo Gaming Tournament Diumumkan - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gaming

Kejohanan PUBG Mobile Oppo Gaming Tournament Diumumkan

Share

OPPO telah mengumumkan kejohanan e-sukan pertama yang dianjurkan oleh mereka iaitu OPPO Gaming Tournament. Ia merupakan sebuah kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile. Ini adalah peluang terbaik untuk para gamers menyerlahkan bakat mereka dan memenangi hadiah yang bernilai.

Musim pertama bagi OPPO Gaming Tournament ini akan berlangsung dari 6 Julai 2020 sehingga 12 Julai pada tahun ini secara dalam talian. Kejohanan ini dianjurkan bersama Esports Players League (ESPL) dan Digi Telecommunications.

Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah RM25,000 dan dipecahkan kepada:

  • Tempat Pertama: RM4,000 dan 4x OPPO Reno3 Pro
  • Tempat Kedua: RM2,000 dan 4x OPPO A92
  • Tempat Ketiga: RM1,000 dan 4x OPPO Enco W31
  • Tempat Ke-empat: RM1,000
  • Tempat Ke-lima sehingga ke-lapan: RM500

Kejohanan ini akan dipecahkan kepada empat pusingan iaitu Kelayakan, Suku Akhir, Separuh Akhir, dan Grand Final. Sebanyak 512 pasukan PUBG Mobile akan dipilih bagi pusingan kelayakan dan hanya 16 pasukan sahaja yang akan layak ke Grand Final.

Berikut adalah jadual kejohanan ini:

  • Pusingan Kelayakan: 6 – 8 Julai
  • Suku Akhir: 9 Julai
  • Separuh Akhir: 11 Julai
  • Grand Final: 12 Julai

Pendaftaran akan dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada 2 Julai. Anda boleh mendaftarkan pasukan anda melalui laman web ESPL. Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh melayari laman web rasmi OPPO.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!