Kempen 'Be Cool', Epson Menyasarkan Amalan Perniagaan Lestari Teknologi Bebas Panas );

Type to search

E-Com Tech

Kempen ‘Be Cool’, Epson Menyasarkan Amalan Perniagaan Lestari Teknologi Bebas Panas

Avatar
Share
Be Cool

Syarikat percetakan dan teknologi visual, Epson telah melancarkan sebuah kempen ‘Be Cool‘ yang memfokuskan kepada para peniaga atau usahawan untuk menggunakan teknologi percetakan bebas panas.

Sebuah forum maya yang bertemakan ‘Building Business Resilience through Sustainable Technology‘ telah diadakan bagi membincangkan dengan lebih teliti berkaitan kempen tersebut.

Forum tersebut juga merangkumi ‘Memorandum of Understanding signing between Epson Malaysia and EcoKnights‘ mengenai kerjasama untuk kempen ‘Be Cool‘.

Cool

Seiring dengan perubahan zaman, Malaysia juga turut tidak ketinggalan dalam menerajui industri perniagaan dengan lebih pesat.

Alternatif hijau ini dilaksanakan bagi membantu industri tersebut lebih maju tanpa membazirkan bahan sisa yang ada dan dapat melindungi bumi ini.

Maka wujudlah teknologi Epson Heat-Free, Pencetak inkjet Epson hanya mengambil kurang dari 85% tenaga sahaja berbanding dengan pencetak biasa.

Setiap syarikat dapat berjimat dalam bil tenaga tahunan mereka. Jadi mereka dapat membuat dua kebaikan dalam satu masa yang sama.

Kempen ini juga bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM 20,000 bagi projek penanaman pokok EcoKnights melalui penjualan pencetak EcoTank mereka bermula 29 Mac ini hingga 30 Jun 2021.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli pencetak mesra alam ini dan menjaga kelestarian bumi kita agar lebih menghijau serta selesa untuk didiami.

Sebarang maklumat ataupun informasi boleh didapati melalui laman web rasmi mereka www.epson.com.my/becool.

Baca juga: 3 game PS5 terbaik yang perlu anda miliki.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!