Kemudahan Penginapan Di OYO Hotels and Homes Dipertingkatkan Dengan TM Unifi - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Kemudahan Penginapan Di OYO Hotels and Homes Dipertingkatkan Dengan TM Unifi

Share

OYO Malaysia dan Telekom Malaysia secara rasmi bekerjasama melalui penyusunan perdagangan dan pemasaran yang akan memberi manfaat kepada pelancong tempatan dan asing.

Dengan kerjasama ini, para tetamu bagi OYO Hotels and Homes boleh terus berhubung dengan pengalaman jalur lebar dan keselesaan hiburan yang dikuasakan oleh Unifi.

Selain menyediakan akses jalur lebar Unifi, Unifi TV dan Unifi Mobile di OYO Hotels and Homes, TM juga menawarkan bantuan sokongan pelanggan dan pasukan teknikal akan sentiasa memberi sokongan sepanjang masa.

Di samping itu, OYO Malaysia juga akan menyediakan promosi khusus kepada pelanggan TM melalui TM Rewards.

Naib Presiden TM (Jenama dan Komunikasi Kumpulan), Izyln Ramli, berkata “Saya sangat teruja dengan kerjasama ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada OYO Malaysia kerana memilih kami sebagai rakan komunikasi dan penyelesaian ICT anda.”

Bagi Ketua OYO Homes Malaysia, Vimal Balachandran, berkata “OYO sentiasa mencari cara untuk membantu rakan aset untuk terus maju dan meningkatkan pengalaman penginapan tetamu dalam setiap bahagian, ia membantu meningkatkan jumlah tetamu dan keuntungan.

Kerjasama ini dapat membina model rangkaian OYO yang menggabungkan kreativiti reka bentuk, perhotelan, kepakaran teknologi dan keupayaan operasi untuk membolehkan rakan aset menawarkan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti melalui pengalaman jalur lebar yang lancar kepada para tetamu.”

Pada masa ini, OYO Hotels and Homes mengendalikan lebih 16,000 bilik di lebih daripada 450 hartanah dalam 50 bandar di seluruh Malaysia.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!