Kerana Menggodam Penggunanya, Whatsapp Saman Vendor 'Spyware' Terkenal Verst );

Type to search

E-Com Apps Pilihan Editor

Kerana Menggodam Penggunanya, Whatsapp Saman Vendor ‘Spyware’ Terkenal

Share

WhatsApp saman NSO Group iaitu pembekal spyware terkenal dan mengatakan syarikat itu terlibat secara aktif dalam menggodam pengguna perkhidmatan nya.

SERANGAN MENYASARKAN WARTAWAN DAN PENYOKONG HAK ASASI MANUSIA
Pada bulan Mei lalu, kelemahan perisian utama di WhatsApp telah dijumpai.

Penggodam memuat naik spyware ke telefon melalui panggilan video melalui kecacatan ini, walaupun pada masa itu pengguna tidak menjawab panggilan.

Organisasi yang menjumpai kelemahan sistem berkenaan berkata pada masa serangan berlaku, ia menyasarkan wartawan dan penyokong hak asasi manusia.

Serangan spyware yang digunakan dipanggil Pegasus yang telah dibangunkan oleh Kumpulan NSO yang berpangkalan di Israel dimana perisiannya telah digunakan oleh kerajaan di seluruh dunia.

Apabila kelemahan ini ditemui, NSO Group berkata ia tidak terlibat dalam penggunaan langsung perisiannya, dan hanya membekalkannya kepada kerajaan.

Dalam artikel Washington Post yang telah diterbitkan, Ketua Eksekutif WhatsApp, Will Cathcart, mengatakan syarikat itu mempunyai bukti penglibatan langsung NSO dalam serangan itu.

Menurut Cathcart, WhatsApp yang dimiliki Facebook digunakan dalam serangan itu oleh NSO Group, dan juga mereka mempunyai bukti.

“Walaupun serangan mereka sangat canggih,” kata Cathcart, “percubaan mereka untuk menutup jejak tidak berjaya sepenuhnya.” Kira-kira 1,400 peranti telah dijangkiti oleh kod jahat, menurut WhatsApp.

Pihak Citizen Lab mengatakan ia telah bekerjasama dengan WhatsApp sejak serangan itu berlaku untuk mengenal pasti sasaran yang disyaki.

Sumber: theverge.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!