KFC Lancarkan Konsol "Game" Mereka Tersendiri );

Type to search

E-Com Gajet Gaming

KFC Lancar Konsol “Game” Mereka Tersendiri

Avatar
Share

Peminat( KFC jangan terkejut kerana untuk kali ini mereka akan melancarkan konsol “game” mereka yang tersendiri yang sebenar.

Pada bulan Jun di mana sehari selepas PlayStation 5 dilancarkan, pihak KFC juga membuat sebuah pengumuman yang mereka bakal melancarkan konsol “game” mereka yang tersendiri melalui laman media sosial mereka.

Tetapi anda semua jangan terkejut kerana konsol ini juga disertakan dengan tempat atau alat untuk anda memanaskan ayam anda.

Ianya cukup sekadar untuk menghangatkan ayam kerana konsol “game” yang sebenar tidak boleh untuk memanggang atau menggoreng ayam.

Pihak KFC sendiri sudah mengesahkan bahawa ianya benar dan bukan sebuah gurauan seperti yang difikirkan oleh orang ramai.

KFConsole ini juga dikuasakan oleh Intel dan ia juga mempunyai sebuah alat penyejuk Cooler Master yang diletakkan bersama konsol ini.

Ianya bagi memastikan agar konsol tersebut tidak terllalu panas atauΒ overheat kerana menggunakan dua jenis fungsi.

Ia juga disediakan dengan VR dan penyokong pengesanan sinar. KFConsole ini juga menawarkan permainan yang mempunyai speks yang tinggi dan lancar dengan kepantasan sehingga 240fps untuk semua jenis permainan dan disertakan sekali dengan sokongan output 240Hz pada paparan 4K.

– Konsol “Game” yang dilancarkan oleh KFC; KFCGaming

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih kurang informasi atau maklumat mengenai keberadaan konsol ini.

Apa yang boleh kita buat ialah hanya menunggu sahaja berita mengenai KFConsole ini dari pihak KFC sendiri.

[Sumber: CNet]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!