Kini Anda Boleh Pre-Order PS5 Melalui Gamer Hideout - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Review

Kini Anda Boleh Pre-Order PS5 Melalui Gamer Hideout

Share

Pasti ramai yang telah ketahui mengenai pelancaran sebuah konsol permainan video yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang terutamanya pemain permainan video. Boleh dikatakan tahun 2020 adalah tahun evolusi konsol permainan video generasi akan datang dimana dua syarikat permainan konsol utama akan melancarkan produk terkini mereka pada tahun ini.

Salah satunya ialah Sony yang sebelum ini telah mendedahkan bahawa PlayStation 5 akan tersedia pada akhir tahun 2020.

Sony telah mendedahkan beberapa butiran teknikal mengenai PS5 baru seperti pemacu berkelajuan tinggi, Pemproses CPU AMD Ryzen, AMD Radeon GPU-Navi dan banyak lagi. Sony masih belum secara rasmi mendedahkan reka bentuk fizikal PlayStation 5 walaupun gosip rekaan gambar kit telah tersebar.

Harga rasmi konsol juga masih tidak didedahkan tetapi ia tidak menghalang butik permainan video tempatan, Gamers Hideout mengumumkan pra-tempahan untuk PlayStation 5. Menurut catatan di laman Facebook mereka, dengan deposit sebanyak RM 99.90 anda boleh ‘cop’ tempahan awal ini.

Apa yang pasti PlayStation 5 akan datang dan hype yang dijalankan oleh Gamer Hideout ini baru sahaja bermula.

Sumber: Gamer Hideout
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!