4 Langkah Scan Dokumen Guna Smartphone Tanpa Printer );

Type to search

Apps E-Com Pilihan E-Com

4 Langkah Scan Dokumen Guna Smartphone Tanpa Printer

Share
scan

Segalanya telah berubah sejak pandemik melanda. Disebabkan pembelajaran dan bekerja dari rumah, salah satu perkara penting adalah keperluan untuk scan dokumen dan menghantar ia kepada pihak berkaitan.

Untuk tujuan ini, anda tidak memerlukan sebarang printer atau scanner, sebaliknya boleh lakukan terus menggunakan telefon pintar anda.

Langkah 1: Boleh Guna Aplikasi Adobe Scan

adobe scan
  • Apps ini boleh dimuat turun dari iOS dan Android.
  • Perlu buat pendaftaran ringkas dahulu.
  • Imbas dokumen akan dibuat secara automatik selepas daftar.
  • Kelebihan – Boleh pilih teks pada dokumen yang diimbas.
  • Pengguna boleh berkongsi dokumen yang diimbas dalam bentuk PDF selepas imbas.

Langkah 2: Guna Google Drive - bagi pengguna Android

google drive
  • Kebanyakan peranti Android hadir dengan Google Drive, selain turut ditawarkan untuk pengguna iOS.
  • Buat imbasan dengan tap pada butang tambah, dan seterusnya memilih Imbas/Scan.
  • Tangkap gambar dokumen, dan aplikasi akan menjadikannya dalam bentuk imbasan secara automatik.
  • Kongsikan ia dalam bentuk PDF, dan simpannya juga ia di Google Drive untuk rujukan akan datang.

Baca Lain: 3 Aplikasi untuk Edit Gambar yang Perlu Ada Dalam Telefon Anda

Langkah 3: Boleh Guna Apps Notes - bagi pengguna iOS

Notes
  • Notes merupakan aplikasi yang hadir terbina pada peranti iPhone.
  • Pengguna hanya perlu menggunakan ciri membuat Nota baharu, dan seterusnya memilih imbasan dokumen melalui penambahan gambar.
  • Rakamkan gambar, dan boleh laraskan sudut untuk dokumen bagi memastikan hasil rakaman akhir adalah kemas.
  • Kekurangan – kaedah melaraskan sudut dokumen agak kurang mesra pengguna kerana sukar melihat sudut dokumen berkenaan.

Langkah 4: Guna Apps Google Photoscan

Google Photoscan
  • Penawaran daripada Google untuk iPhone dan Android.
  • Pengguna perlu gerakan telefon ke beberapa sudut untuk rakaman yang lebih jelas – lampu Flash akan diaktifkan automatik pada peranti anda.
  • Hasil rakaman dikongsikan dalam bentuk gambar, ada penanda logo Photoscan pada hasil perkongsian.
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!