Lazada Bersama GSC Melancarkan Trailer Livestream ECommerce Cinematic Pertama Di Malaysia );

Type to search

Apps E-Com ecommerce

Lazada Bersama GSC Melancarkan Trailer Livestream ECommerce Cinematic Pertama Di Malaysia

Share

Bersempena dengan “Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale” yang akan berlangsung rabu ini, Lazada Malaysia bergandingan bersama Golden Screen Cinema (GSC) telah melancarkan trailer livestream ecommerce mereka yang pertama di Malaysia.

Trailer tersebut dibintangi beberapa artis tempatan yang terkenal seperti, Ain Edruce, Ayda jebat, Sean Lee, Joey Leong dan Ismail Ezzani. Trailer ini memberi gambaran mengenai “Lazada 11.11 Super Show” pada 10 November 2020 waktu 9 malam hingga 12 tengah malam dan “Chief Discount Officer Show” disiarkan pada 11 November 2020, pukul 6 petang hingaa 8 malam di mana anda boleh menyaksikannya di applikasi Lazada.

Trailer tersebut menceritakan mengenai Ketua Pegawai Diskaun Lazada yang dilakonkan oleh Ain Edruce mencabar pembeli untuk mengalahkan harga terendah Lazada bagi memiliki peluang mendapatkan 11 kali ganda wang mereka semula. Petunjuk dan “easter eggs” akan diberi semasa trailer dijalankan di mana harga barangan Lazada akan menurun sehingga mencecah RM 0.11 semasa festival tersebut.

Penonton yang setia menunggu dan melihat trailer tersebut sehinga habis akan diberi hadiah berupa baucer ekslusif sebanyka RM 5.00 sempena “Lazada 11.11” menerusi kata kunci rahsia yang akan dinyatakan semasa pasca kredit ditayang.

Sumber: Hype.My

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!