Lokasi Ikonik 'SEGA Arcade' Di Akihabara, Tokyo Bakal Ditutup Verst E-Com );

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Review

Lokasi Ikonik ‘SEGA Arcade’ Di Akihabara, Tokyo Bakal Ditutup

Share

Berita sedih kepada peminat permainan arked yang biasa berkunjung ke Jepun, Arked Sega di Akihabara, Tokyo, bakal menutup operasi pada 30 Ogos 2020. Setelah 17 tahun berada dalam industri, Sega Building 2 berjaya menjadi pusat permainan arked, claw machine, dan lokasi hiburan am yang menyebabkan berita penutupan ini mengejutkan banyak pihak.

Bangunan Sega 2 pertama kali dibuka oleh Sega pada tahun 2003, dengan pusat permainan berkembang menjadi daya tarikan pelancong selama bertahun-tahun. Mambawa budaya otaku serta teknologi permainan, kejiranan Akihabara telah berkembang dari tempat membeli-belah yang tenang menjadi tempat tumpuan pelancong yang diminati ramai.

Bangunan Sega Akhibara 2 memainkan peranan besar dalam hal itu.

Namun, seperti yang terjadi di tempat lain, arked tersebut terkesan dengan wabak COVID-19. Walaupun belum ada pengesahan mengenai alasan penutupannya, Sora News melaporkan bahawa pemberitahuan penutupan telah dinyatakan pada badan bangunan.

“Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. Mohon maaf kami mengumumkan bahawa cawangan ini, Bangunan Sega Akihabara 2, akan ditutup. Hari terakhir operasi kami adalah pada hari Ahad, 30 Ogos.

Seluruh kakitangan ingin mengucapkan terima kasih yang tulus di atas sokongan serta kasih sayang yang telah anda berikan selama bertahun-tahun.”

Mungkin pusat arked di seluruh dunia boleh mengambil iktibar bagi membendung penutupan serta menjadikan lokasi mereka sendiri sebagai tarikan baru di benua lain.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!