Mac Pro 2019 Mungkin Merupakan Produk Apple Yang Paling Mudah Untuk Dibaiki - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Review

Mac Pro 2019 Mungkin Merupakan Produk Apple Yang Paling Mudah Untuk Dibaiki

Share

Dengan harga yang boleh mencecah sehingga USD52,599, Mac Pro terbaru adalah Mac yang paling berkuasa tinggi dan dikatakan mudah untuk di’upgrade’ dan dipertingkatkan keupayaannya.

Tidak seperti semua produk Apple yang tipikal termasuk Mac Pro 2013, keupayaan boleh kerja versi baru adalah mudah kerana anda hanya perlu ‘slide’ penutup aluminium dengan memutarkan kunci ‘lock’ dan terus angkat pada pemegang. Tidak ada alatan rumit yang diperlukan dengan pembaikan boleh dilakukan tanpa sebarang alat sama sekali.

Kebanyakan komponen utama adalah modular dan menggunakan soket dan penyambung ‘standard’. Pihak Apple telah memasukkan beberapa gambar rajah di bahagian dalam yang merangkumi diagram RAM dan menyatakan arahan berkaitan.

Mac Pro didatangkan dengan 32GB DDR ECC RAM pada model asas dan anda boleh upgrade sehingga 1.5TB pada kadar 128GB ram untuk setiap slot (12 slot keseluruhan).

Dengan SSD sangat mudah ditukar, tapi anda tidak boleh menggantikannya sendiri kerana ia dikawal oleh cip keselamatan T2 Apple. Ini bermakna jika anda memerlukan lebih banyak storan, anda perlu membelinya melalui wakil pembekal perkhidmatan sah Apple.

Satu lagi perkara menarik adalah butang kuasa yang mempunyai pin pogo dan bukannya sambungan kabel biasa. Ini bermakna jika anda buka dan cabut ‘cover’, Mac Pro akan tertutup sendiri. Mesin tidak dapat dihidupjan tanpa penutup aluminium.

Jom kita lihat apa yang telah dilakukan oleh ifixit dimana mereka buka dan asingkan komponen mac Pro serta memberi nilai skor bolehbaiki yang tinggi sebanyak 9/10. Menurut iFixit, Mac Pro baru ini adalah produk Mac yang mudah untuk diperbaiki sejak tahun 2006.

Kredit Video : iFIXit

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!