Malaysia Bakal Mendapatkan Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Yang Pertama - Verst E-Com );

Type to search

Malaysia Bakal Mendapatkan Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Yang Pertama

E-Com Berita Tech

Malaysia Bakal Mendapatkan Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Yang Pertama

Avatar
Share

Malaysia bakal mendapatkan pengecas tanpa wayar nanoteknologi pertama yang akan dikomersialkan oleh Enchance Track Sdn bhd dan NanoMalaysia Bhd, Malaysia Energy Transmission Technology (MEET) dengan sasaran jualan sebanyak RM 1.9 bilion dalam tempoh lima tahun.

MEET menggunakan kuasa sebanyak 5V yang mempunyai kebolehan untuk mengecas tanpa sebarang sentuhan pada jarak yang tertentu untuk kesemua telefon pintar dan tablet.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahmad mengatakan bahawa MEET mempunyai potensi untuk digunakan dalam pelbagai sektor ekonomi digital dan mengharapakan ianya mapu membawa kebaikkan dan penyelesaian.

“Ianya selaras dengan aspirasi Industri 4.0 Malaysia dimana pengecas tanpa wayar akan memberi peluang Malaysia dalam amalan teknologi rumah hijau,” katanya lagi.

MEET bakal memasuki pasaran pada sekitar pertengahan tahun 2021 dan ia akan dikilangkan di Malaysia dengan kerjasama yang akan dikenal pasti.

Khairi berkata, wabak Covid-19 ini telah membuka jurang yang agak besar dalam memacu teknologi negara dan ia menunjukkan pelaburan amat diperlukan dalam bidang yang sesuai dan tepat.

“Kita sepatutnya teruja dapat menyaksikan sejumlah inovasi yang baharu dibangunkan dan dikomersialkan oleh NanoMalaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan MOSTI dalam membangunkan kembali industri Malaysia dalam usaha untuk menjadikan negara dalam kedudukan peneraju teknologi,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!