Mate 30 Dilancarkan Dengan Kirin 990 5G Soc dan Quad Kamera Verst );

Type to search

E-Com Gajet

Mate 30 Dilancarkan Dengan Kirin 990 5G Soc dan Quad Kamera

Share

Huawei telah secara rasmi mengumumkan telefon pintar Mate 30 terbarunya yang menggantikan siri lama Mate 20.

Mate 30 dan Mate 30 Pro yang baru akan dilengkapi dengan chipset terbaru Huawei, Kirin 990 5G.

Ia akan mengintegrasikan unit 5G ke cip terbaru ini dan dilengkapi dengan paparan Horizon 18.4:9 baru dari Huawei.

Untuk kandungan memori, kedua-dua peranti akan menempatkan 8GB RAM.

Saiz skrin Mate 30 adalah 6.62 inci, manakala paparan Mate 30 Pro lebih kecil sedikit pada 6.53 inci.

Bagi kuasa bateri model ini, Mate 30 menempatkan kuasa 4200mAh berbanding Mate 30 Pro yang berkuasa lebih besar, 4500mAh.

Kedua-dua peranti ditambah teknologi SuperWireless 40W berwayar dan 27W Huawei tanpa wayar.

Salah satu teknologi baru pada Mate 30 Pro adalah teknologi Side-Touch buttonless.

Asasnya ia membolehkan Huawei untuk mengeluarkan butang bunyi fizikal dan membolehkan pengguna untuk mengawal kekuatan bunyi dengan hanya meluncurkan ibu jari dari atas ke bawah di sisi telefon.

Dalam mod kamera pula, Side-Touch bertindak sebagai butang pengatup dan sama seperti kawalan bunyi, ciri ini boleh diakses di kedua-dua belah sisi, tanpa mengira orientasi kamera anda.

Untuk Mate 30, telefon ini menempatkan lensa telefoto 16MP f / 2.2 ultra-lebar + 40MP f / 1.8 SuperSensing lebar + 8MP dengan fokus OIS + Laser.

Dengan kamera mempunyai ISO maksimum 204800 dan jajaran zoom 45X (3x Optical, 30x Digital).

Bagi Mate 30 Pro, sistem telefon pintar quad-kamera terdiri daripada kamera Cine ultra-wide 40MP f / 1.8, kamera 40MP f / 1.6 SuperSensing, kanta f / 2.4 Telephoto 8MP dengan OIS, dan penderiaan dalaman 3D.

Di samping itu, julat ISOnya lebih besar, 409600.

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro dijadualkan untuk pasaran di Eropah pada Oktober ini.

Dari segi harga, Mate 30 dengan 8GB + 128GB berada sekitar 799 Euro (RM3680), manakala 8GB + 256GB akan dijual pada 1099 Euro (RM5062).

Variasi 5G Mate 30 Pro yang dijual pada harga 1199 Euro (RM5522).

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!