Huawei Mate 40 Pro Akan Tiba Di Pasaran Malaysia Sekitar Perayaan Krismas );

Type to search

E-Com Gajet

Huawei Mate 40 Pro Akan Tiba Di Pasaran Malaysia Sekitar Perayaan Krismas

Avatar
Share

Sebahagian rakyat Malaysia mungkin sudah siap sedia menanti kehadiran Huawei Mate 40 Pro yang diumumkan akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Mereka yang meminati jenama telefon pintar ini mungkin tidak sabar untuk menggunakannya ketika perayaan Krismas atau memberinya sebagai hadiah kepada orang rapat.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Pihak Huawei juga telah membuat slogan “Celebrate Christmas with the new Huawei Mate 40 Pro 5G” dimana ia akan berada di pasaran sekitar bulan Disember 2020.

Berdasarkan laman web Huawei, Huawei Mate 40 Pro akan hanya dalam warna “Mystic Silver“, ia juga dilengkapi dengan speks 8GB RAM dan 256GB simpanan.

Telefon pintar ini juga akan disediakan bersama 5G yang pastinya diimpikan oleh orang ramai dan ia juga menggunakan cip Kirin 9000 5nm teratas Huawei.

Ia juga mungkin keluaran produk Huawei yang terakhir hadir dengan pemproses Kirin. Disertakan sekali OLED 6,76 yang dapat mendorong resolusi 2772 x 1344 piksel dan mempunyai kadar penyegaran yang tinggi 90Hz.

Peranti ini juga terdapat persediaan tiga-kamera yang menampilkan kamera utama 50MP, penembak sudut lebar 20MP dan kamera telefoto 12MP yang dapat melakukan 5x zoom optik dan maksimum 50x zoom digital.

Untuk melakukan swafoto pula disertakan dengan kamera depan 13MP dan sensor 3D ToF.

Ia dilengkapi dengan kalis debu dan air berkadar IP68 serta pembesar suara stereo.

Dengan tambahan ketahanan bateri 4.400mAh yang menyokong pengecasan berkabel pantas 66W serta pengecasan tanpa wayar 50W pantas.

Sama seperti gajet Huawei yang lain, Mate 40 Pro juga akan dihantar tanpa aplikasi dan perkhidmatan dari Google.

Harga yang ditawarkan di Eropah ketika ini ialah sekitar EUR 1199 (RM5906).

Namun ianya dijangka akan turun di Malaysia memandangkan harga Eropah selalunya lebih tinggi berbanding harga tempatan.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!