Menangi Tiket Penerbangan AirAsia Dengan Pembelian Komputer Jenama Lenovo Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

Menangi Tiket Penerbangan AirAsia Dengan Pembelian Komputer Jenama Lenovo

Share

Pasti seronok jika pembelian sebuah komputer riba didatangkan sekali dengan habuan.

Kini, Intel dan Lenovo bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di dunia, AirAsia.

Penawaran terbaik kepada pembeli komputer dan komputer riba jenama Lenovo berasaskan pemproses Intel baru dengan poin AirAsia BIG.

Ini memberi anda peluang untuk mendapatkan sebuah percutian secara percuma.

Dengan tawaran Kempen AirAsia 816 BIG World dari 16 Ogos hingga 16 September, 2019 di seluruh Asia, semua pembelian komputer Lenovo dan komputer riba yang layak akan mendapat lebih 50% mata ganjaran BIG point.

Mata ganjaran BIG ini boleh digunakan untuk menebus penerbangan percuma atau naik taraf perjalanan ke lebih 150 destinasi di AirAsia.com, penginapan di hotel, aktiviti pelancongan, atau tawaran hebat yang datang dari rakan kongsi BIG Loyalty.

Orang ramai juga boleh memperolehi sehingga 15,000 mata ganjaran AirAsia BIG apabila mereka membeli komputer dan komputer riba Lenovo terpilih dari laman web Lenovo di Malaysia.

Bagi membolehkan anda mendapatkan BIG poin ini, anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu.

Antara model komputer riba Lenovo dan komputer berasaskan Intel yang layak memperolehi mata ganjaran di Malaysia adalah seperti berikut:

Series Model
ThinkPad T series T490, T490s, T590, T480, T480s, T580
ThinkPad E series E490s, E490, E590, E580, E480
ThinkPad X series X390 Yoga, X390, X1 Yoga (3rd Gen), X1 Tablet (3rd Gen), X1 Extreme, X1 Carbon, X380 Yoga, X280
ThinkPad L series L390 Yoga, L390, L480, L580, L380, L380 Yoga (3rd Gen), L490, L590
ThinkCentre series M920z AIO, M920 Tower, M720 Tower, M920 SFF, M720 SFF, M920 Tiny, M720 Tiny
ThinkBook series ThinkBook 13s

Terma dan syarat bagi kempen AirAsia 816 BIG World boleh dilihat pada link di bawah:
https://816world.airasiabig.com/en/tnc

 

Imej: Lenovo, AirAsia BIG

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!