Mesin Memasak “Maggi Cup” Automatik – Khas Buat Mereka Yang Masak Air Pun Kantoi! - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Tech

Mesin Memasak “Maggi Cup” Automatik – Khas Buat Mereka Yang Masak Air Pun Kantoi!

Share

‘Pemakan megi’ selalunya terbahagi kepada dua kategori; pertama, yang hanya akan makan megi bungkus yang dimasak.

Kedua, ‘pencinta’ megi dalam cawan atau cup yang hanya mahu panaskan air sahaja dan makan segalanya dalam cup tersebut.

Senang cerita untuk kelompok kedua ini, megi jadi kembang atau tak (akibat tak pandai bajet air atau timing) tak jadi masalah.

Yang penting dia dapat makan megi!

Jika anda tergolong dalam kelompok kedua, kami ada berita baik untuk anda.

Selepas ini, megi yang anda makan akan sentiasa sedap kerana dimasak mengikut cara yag betul – tanpa anda perlu berbuat apa.

Syarikat Thanko di Jepun, telah menghasilkan mesin memasak megi dan makanan-makanan dalam cup lain yang dipanggil “The Makasei-Tei” (leave it to me) atau dalam bahasa Melayu bermaksud “serahkan kepada saya.”

Dengan mesin ini, pengguna hanya perlu memasukkan air dan biarkan Makasei-Tei membuat kerjanya.

Selepas air dimasukkan, mesin ini akan menetapkan penanda masa selama tiga minit (waktu sesuai untuk megi tidak terlebih kembang atau terlalu awal masak) dan turut berfungsi sebagai ‘penutup’ atau lid tanpa perlu menarik penutup cup yang asyik terkoyak sepanjang masa.

Difahamkan, bukan setakat megi cup. Makanan segera dengan saiz mangkuk lebih besar daripada megi cup juga boleh menggunakan alat ini.

Malah, anda boleh membuat air kopi dan memasak sup dengan Makasei-Tei.

Buat masa ini, Makasei-Tei hanya dijual di Jepun. Di Jepun, ia dijual pada harga 5980 Yen (RM228).

Kami pasti tidak lama lagi alat ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Sumber: Sora News

Thanko merupakan syarikat pengeluar gajet-gajet pelik di Jepun (tetapi praktikal!). Antara ciptaan mereka ialah alat pemotong bulu hidung yang boleh dilekatkan pada badan telefon pintar.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!