Microsoft Cadang Henti Sokongan Window 10 Menjelang 2025 );

Type to search

E-Com Tech

Microsoft Cadang Henti Sokongan Window 10 Menjelang 2025

Share
microsoft

Microsoft sedia mengacah pengumuman generasi baharu sistem operasi Windows mereka tidak lama lagi – dimana spekulasi mengatakan kemungkinan Windows 11 diumumkan pada acara yang dijadualkan pada penghujung Jun ini.

Selari dengannya, kini Microsoft telah mengemaskini halaman sokongan, dan mengatakan sokongan untuk Windows 10 Home dan Windows 10 Pro akan ditamatkan pada Oktober 2025 kelak.

Dengan pengumuman ini, ia sekaligus memperlihatkan syarikat teknologi gergasi ini akan memperkenalkan sistem operasi generasi baharu yang menggantikan Windows 10.

Baca lagi: Window 10X Mungkin Untuk Pengguna Skrin Tunggal Pada 2021, Klik sini

Selepas 2025, tiada lagi kemaskini sekuriit yang akan ditawarkan untuk Windows 10 – sekaligus akan memerlukan orang ramai beralih ke sistem operasi generasi baharu.

Windows 10 sebelum ini telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan ini bermakna sistem operasi ini telah disokong oleh teknologi tersebut untuk tempoh 10 tahun lamanya.

[Sumber: Microsoft]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!