Mizz Nina Lancarkan Apps Islamik "Qalby" );

Type to search

Mizz Nina Lancarkan Apps Islamik “Qalby”

Apps E-Com

Mizz Nina Lancarkan Apps Islamik “Qalby”

Avatar
Share

Seorang tokoh masyarakat iaitu Hajah Shazrina Binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina telah melancarkan sebuah aplikasi islamik iaitu “Qalby”.

“Qalby” mendedahkan kepada pengguna mengenai ilmu agama islam dari segi cara hidup dan kemanusiaan.

Aplikasi ini sesuai diguna oleh semua generasi tidak kira had umur malah ia sangat bersesuaian bagi mereka yang sedang mempelajari ilmu agama.

Ia disertakan dengan waktu solat bagi lokasi yang dipilih pengguna, ayat suci Al-Quran, arah kiblat, e-journal dan bekalan doa untuk setiap situasi.

(Doa yang boleh diamal untuk setiap situasi)

(Waktu solat mengikut tempat)

“Qalby” juga sering memberi anda peringatan dan petikan yang memberi anda semangat dan pengajaran.

Memandangkan isu “Islamic Pro” yang sebelum ini menjadi buah mulut ramai sehingga ramai yang ragu-ragu untuk menggunakan aplikasi islamik, maka “Qalby” merupakan platform yang sesuai.

Ini kerana ianya diyakini selamat dan bermanfaat untuk para pengguna.

Anda boleh memuat turun secara percuma di Appstore dan Playstore.

[Sumber: Facebook Qalby]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!