Mudah dan Senang Dibawa - Osmo Mobile 3, Terbaru dari DJI Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gajet

Mudah dan Senang Dibawa – Osmo Mobile 3, Terbaru dari DJI

Share

Bagi kaki travel dan peminat videografi, jika anda fikir DJI Osmo Mobile 2 sudah cukup baik, mungkin anda perlu fikirkannya semula.

Baru-baru ini, DJI Osmo Mobile 3 telah diperkenalkan dan ia boleh dilipat.

Osmo Mobile 3 kelihatan seperti diperbuat daripada plastik yang membolehkan beratnya menjadi lebih ringan sekitar 405g.

Ia menyokong sebarang telefon pintar dengan lebar di antara 62-88mm dan ketebalan maksimum 9.5mm.

Disebabkan ia boleh dilipat, anda boleh menyimpannya ke dalam beg anda atau poket dengan mudah.

Juga dapat dilihat dari video promo, proses pengambilan video yang lebih stabil dapat diambil terutamanya dalam aktiviti sukan aksi lasak.

Osmo Mobile 3 mempunyai ciri kawalan isyarat baru yang membolehkan pengguna mengambil foto dan video secara automatik tanpa bantuan orang lain.

Ciri ini sangat serasi dengan versi Active Track 3.0 yang ditambah baik dalam merakam mod sukan dengan lancar atau mengambil gambar jenis panorama.

Seperti Osmo Mobile sebelum ini, pengguna boleh mengawal peranti menggunakan beberapa butang pada bahagian tangkai gimbal. Ini dilakukan menerusi tambahan bluetooth LE 5.0.

Di samping mengekalkan kawalan joystick seperti biasa, penukar orientasi potret dan landskap dan butang zum. Port pengecasan telah dipindahkan ke sisi pengawal dengan menggunakan port jenis-C.

Dengan menggunakan bateri 2450mAh yang mampu bertahan sehingga 15 jam ia mengambil masa 2.5 jam untuk satu sesi pengisian penuh.

Harga yang dijangka digunapakai pasaran sekitar RM498 ke RM581.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!