MyPay Perkenal eWallet Dan Pembiayaan Digital Dengan Kerjasama Bank Islam Dan FassPay - Verst E-Com

Type to search

E-Com Apps Pilihan Editor

MyPay Perkenal eWallet Dan Pembiayaan Digital Dengan Kerjasama Bank Islam Dan FassPay

Share

MyPay, platform perkhidmatan eGovernment oleh Dapat Vista (M) Sdn Bhd akan memberi penawaran pembayaran digital, pembiayaan digital dan ciri eWallet.

Melalui pengumuman kerjasama bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Fass Payment Solutions Sdn Bhd (Fasspay).

Dapat Vista yang sebelumnya membolehkan peminjam PTPTN untuk memeriksa status pinjaman pendidikan mereka melalui SMS telah menukar ciri tersebut ke sistem pembayaran mudah alih MyPay. Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, usaha antara kedua-dua pihak telah membantu mendorong pembayaran yang konsisten di kalangan peminjam PTPTN dan penyimpan SSPN.

Beberapa bulan lalu, Dapat Vista dan Bank Islam telah menandatangani perjanjian kerjasama untuk eJamin, penyelesaian pembayaran jaminan dalam talian untuk mahkamah. Kerjasama dengan Bank Islam akan diperluas bagi merangkumi proses pembiayaan peribadi dalam telefon bimbit dan mereka akan segera memperkenalkan eWallet untuk meningkatkan kemudahan penggunaan MyPay kepada komuniti luar bandar dan pinggir bandar.

Melalui MyPay, Bank Islam memanfaatkan kepakaran Dapat Vista dalam sektor digital dengan membolehkan mereka menjangkau pelanggan yang tidak memiliki bank atau tidak sempat dilayani. Ini akan membolehkan pelanggan mendaftar produk pembiayaan peribadi Bank Islam di mana-mana lokasi.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!