Netflix Kenalkan Tetapan Baru 'Kids Activity Report' Buat Ibu Bapa );

Type to search

Apps E-Com

Netflix Kenalkan Tetapan Baru ‘Kids Activity Report’ Buat Ibu Bapa

Farhana Syahirah
Share

Terkini, Netflix hadir dengan “Kids Activity Report” untuk memudahkan lagi ibu bapa memantau aktiviti anak-anak.

Netflix turut membenarkan pengguna yang ada anak-anak kecil, menetapkan satu profil khusus yang mana akan memaparkan kandungan yang bersesuaian sahaja.

Fungsi ini akan memaparkan data-data berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak kecil.

Kids Activity Report juga menawarkan jokes of the day.



Contohnya rancangan apa yang kerap ditonton, cadangan rancangan baharu, memaparkan watak kegemaran, menjana kuiz dan lukisan untuk anak kecil mewarna dan banyak lagi.

Semua ini juga akan memudahkan ibu bapa lebih meluangkan masa dengan anak-anak. Selain tidak perlu sentiasa menonton rancangan kanak-kanak bersama-sama.

Ibu bapa boleh sahaja melakukan kerja sendiri sambil memantau dari aplikasi. Secara tidak langsung, fungsi ini turut dapat mengeratkan lagi hubungan anak dengan ibu bapa – kerana ibu bapa boleh lebih mengerti apakah yang disukai oleh anak-anak mereka.

Netflix turut memperlihatkan profil baharu untuk keluarga. Profil ini akan mengehadkan kandungan dengan pengkadaran PG-13 sehingga TV-14, iaitu yang sesuai ditonton pada usia 13-14 tahun, tonton bersama keluarga atau juga untuk tontonan umum.

Tetapan Profil Keluarga Netflix akan menggabungkan rancangan dan filem yang mesra keluarga di bawah satu profil.

 

Berbeza dengan profil kanak-kanak yang terhad dengan kandungan yang digemari mereka yang masih berada di tadika atau sekolah rendah.

[Sumber: Gadgets.NDTV.Com

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!