Netflix Bakal Menawarkan Permainan Video Buat Pelanggannya Tidak Lama Lagi );

Type to search

E-Com Gaming Tech

Netflix Bakal Menawarkan Permainan Video Buat Pelanggannya Tidak Lama Lagi

Share
video

Netflix merupakan platform rancangan siri drama dan filem yang memiliki lebih daripada 200 juta pelanggan di seluruh dunia.

Memiliki pelbagai drama yang menarik dan berkualiti tinggi, menjadikan ianya sebagai satu tarikan utama buat para penggemar filem antarabangsa.

Terbaru, Netflix dikatakan bakal menawarkan permainan video sebagai genre terbaru buat mereka yang melanggan saluran rancangan berbayar itu.

video

Permainan video mungkin kelihatan ganjil di Netflix, namun dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh syarikat seperti Disney (DIS), ianya adalah setu langkah yang perlu diambil bagi mengekalkan syarikat itu di pasaran.

Permainan video di Netflix merupakan satu tarikan baru yang belum pernah lagi ditawarkan oleh pesaingnya yang lain seperti Walt Disney Co. , WarnerMedia AT&T Inc. dan Amazon.com Inc. 

video

Sebilangan besar syarikat teknologi besar jenama lain telah mempunyai perkhidmatan tambahan mereka sebagai contoh, Apple Inc. mempunyai platform bernama Arcade untuk permainan serta perkhidmatan TV + untuk projek video.

Walaubagaimanapun menurut laporan, Netflix (NFLX) tidak merancang untuk mengenakan sebarang bayaran tambahan untuk mendapatkan akses ke permainan.

video

Senang la kalau anda dah ada akaun di Netflix, boleh dapat akses ke permainan video!

Ianya memang satu berita yang sangat baik terutamanya buat kaki game di luar sana, dan yang paling penting boleh la isi masa lapang anda sepanjang tempoh PKP ini.

 

Sumber: bloomberg

 

Baca: Nokia ‘Usik’ Penonton Dengan Poster Telefon Pintar Tahan Lasak Terbaru
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!