Nombor Telefon WhatsApp Anda Kini Boleh Dicari Melalui Carian Google
Share

Masih belum reda mengenai masalah antara privasi dan WhatsApp, kini orang ramai boleh mencari atau menjejak nombor telefon seseorang yang mempunyai aplikasi WhatsApp di carian Google.
Pada bulan Jun lepas, perkara ini turut terjadi dimana anda boleh mencari nombor telefon di Google melalui domain wa.me WhatsApp. Tetapi kini anda boleh mencarinya melalui domain web.whatsapp.com.
Semestinya perkara ini meresahkan ramai orang kerana mereka merasa seolah tidak selamat dan privasi mereka diganggu.
Siapa sahaja yang suka nombor mereka dicari oleh orang yang tidak kenal dan tidak bertanggungjawab.
Seorang penyelidik kawalan internet Rajshekhar Rajaharia telah membuat kajian dan menunjukkan bahawa WhatsApp mempunyai sebuah fail teks bernama “Robots.txt” yang berfungsi untuk menghentikan Google dari terus mengindekskan laman webnya.
15 Jan 2021, If you are using @WhatsApp Web, your Mobile Number and Messages are being index by @Google again. Don't know why WhatsApp is still not monitoring their website and google. This is 3rd time.#Infosec #Privacy #infosecurity #GDPR #Whatsapp #Privacy #Policy #Google pic.twitter.com/D6o1emxDgv
— Rajshekhar Rajaharia (@rajaharia) January 15, 2021
Tetapi ianya seakan tidak berfungsi kerana penyelidik tersebut masih boleh mencari nombor telefon di carian Google.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang risaukan perkara ini bolehlah mencuba pelbagai aplikasi komunikasi lain yang mempunyai fungsi yang sama malah lebih dari WhatsApp.
Jaga keselamatan diri dan pastikan anda tidak mengangkat atau membalas nombor yang anda rasakan tidak selamat dan mencurigakan.
[Sumber: Lowyat]