Olympus Tidak Lagi Berada Dalam Industri Pembuatan Kamera - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Olympus Tidak Lagi Berada Dalam Industri Pembuatan Kamera

Share

Jenama dari Jepun, Olympus telah mengumumkan dimana mereka akan keluar dari perniagaan berkaitan kamera sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Syarikat baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Japan Industrial Partners (JIP), yang akan mewarisi unit kamera setelah perjanjian ini bermula pada bulan Disember.

Menurut MOU, Olympus menyatakan dimana mereka telah berjuang untuk mempertahankan perniagaan kamera walaupun telah memperkenalkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan pasaran. Olympus menyatakan bahawa penyusutan pasaran yang pesat disebabkan oleh populariti dan evolusi telefon pintar.

Bagi mereka yang tidak mengenali, JIP juga merupakan pemilik jenama VAIO setelah memperolehnya dari Sony pada tahun 2014. Memorandum itu menyatakan bahawa syarikat ini merancang untuk memperkemaskan perniagaan dan akan terus mengembangkan produk menggunakan jenama pencitraan Olympus seperti OM-D dan Zuiko.

Dengan menyerahkan perniagaan kamera selama 84 tahun kepada JIP, syarikat akan terus fokus pada bahagian perubatannya yang telah menjadi sebahagian besar perniagaannya secara keseluruhan. Olympus Medical terkenal dalam menyediakan peralatan endoskopi, ultrasound, electrocautery, dan endotherapy kepada hospital dan pusat perubatan lain di seluruh dunia.

Sumber: Reuters
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!