OPPO Reno5 Dijangka Menggunakan Bahan Bercahaya );

Type to search

OPPO Reno5 Dijangka Menggunakan Bahan Bercahaya

E-Com Gajet

OPPO Reno5 Dijangka Menggunakan Bahan Bercahaya

Avatar
Share

Pihak jenama telefon pintar OPPO telah bersiap untuk melancarkan produk keluaran mereka yang baharu iaitu OPPO Reno5 dan akan dijangka keluar pada 10 Disember 2020 di negara China dahulu.

Tetapi pihak syarikat mereka masih belum memberi kata putus secara rasmi tentang keluaran model tersebut namun anda masih boleh untuk menempahnya secara atas talian di JD.com.

Apa yang menarik tentang OPPO Reno5 kali ini ialah mereka dikhabarkan menggunakan bahan yang bercahaya dan antara yang pertama di dunia.

Tujuannya bagi mendedahkan lagi peningkatan terhadap pengecaman wajah pengguna.

Laporan sebelum ini menunjukkan bahawa Reno5 dan Reno5 Pro akan menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 765G dan MediaTek Dimensity 1000+.

OPPO REno5 and Reno5 Pro(OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro; Gizmo China)

Namun terdapat juga keluaran model Pro + yang dikuasakan oleh SD865 SoC.

OPPO Reno5 akan memberi anda kamera-quad di bahagian belakang yang terdiri daripada sensor utama iaitu 64 megapiksel.

Manakala bahagian depan pula disertakan dengan snapper 32 megapiksel untuk mengambil swafoto dengan jelas dan membuat panggilan video.

[Sumber: Gizmo China]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!