Dota 2: Pasukan SMG Terdiri Daripada Pemain Profesional
Share

Sebuah pasukan baru yang diberi nama SMG telah diwujudkan mewakili negara Singapura untuk bertanding dalam pertandingan Dota 2 dan yang mengejutkan mereka terdiri daripada pemain yang profesional.
Pasukan ini bernaung di bawah penyanyi Singapura yang terkenal iaitu JJ Lin di mana beliau merupakan peminat tegar permainan Dota 2.
Pasukan SMG juga merupakan singkatan bagi Pasukan Still Moving uder Gunfire (SMG).
Pemain pasukan tersebut terdiri daripada pemain-pemain profesional iaitu vtFaded, Neah, Mushi, Ah Fu, NinjaBoogie dan jurulatih mereka iaitu Kenchi.
We are proud to announce the formation of the Team SMG Dota 2 squad in Southeast Asia:@Mushi_Chai @ninjaboogiee @vtFaded @AhfuDota @neahdota
The squad will be participating in the upcoming Dota Pro Circuit 2021 – Southeast Asia Upper Division Closed Qualifiers on 4th Jan. pic.twitter.com/WsvrsB1NQp
— Team SMG (@TeamSMGofficial) January 2, 2021
Mulanya, pasukan ini mefokuskan diri mereka ke arah Arena of Valor tetapi bakat mereka mula berkembang ke arah PUBG, Mobile Legends dan sekarang ke arah Dota.
Mushi merupakan seorang pemain lagenda tetapi ia sering melompat pasukan ke pasukan lain. Ini merupakan satu peluang baginya untuk mempunyai sebuah pasukan yang stabil sesuai dengan pengalamannya.
Begitu juga dengan NinjaBoogie di mana beliau juga merupakan antara pemain yang hebat dan ia menjadi satu peluang yang bagus baginya untuk beraksi dengan lebih serius di samping pasukannya.
Pasukan ini juga bakal menjadi pesaingan yang sengit bagi pasukan DOta 2 yang lain.
[Sumber: Dot Esport, Team SMG]