Pelajari 3 Cara Mudah Ini Untuk Elak Penipuan dalam Jual Beli Internet Verst E-Com );

Type to search

E-Com ecommerce

Pelajari 3 Cara Mudah Ini Untuk Elak Penipuan dalam Jual Beli Internet

Share

Ada banyak sebab kenapa makin ramai orang suka jual beli secara online sekarang. Selain daripada tak payah drive dan cari parking, satu kelebihan yang ramai orang terlepas pandang adalah korang tak perlu takut dalam tawar-menawar.

Oleh kerana kes penipuan secara online ni dah banyak sangat berlaku, kami disini berkongsi beberapa langkah yang korang boleh ambil untuk mengelakkan diri daripada kena scam.

1.Pastikan laman web tersebut ada sistem jaminan

Untuk lebih mudah, sistem jaminan ini akan melindungi anda jika barang tak sampai, rosak, ataupun tak sama seperti yang diiklankan.

Jadi anda perlu pastikan laman web ini ada sistem jaminan/gerenti, terutamanya bila nak lakukan pemindahan duit secara online.

Contohnya:

  • Lazada ada Lazada Guarantee yang bagi jaminan pada barang-barang tertentu sekiranya ia palsu, luput tarikh, ataupun rosak. Bagi barang-barang lain pula, ia masih dilindungi di bawah polisi pulangan yang biasa.
  • 11street.my ada sistem eScrow yang hanya akan melepaskan bayaran kepada pembeli bila barangan itu telah sampai.
    Shoppee ada Shoppee Guarantee di mana anda perlu ‘confirm’ yang anda dah terima barang tersebut, barulah bayaran akan diberi kepada penjual.
  • Mudah.my ada PayPal Buyer Protection tapi hanya sah untuk bayaran melalui PayPal saja. Ada beberapa barang tertentu yang tak termasuk dalam perlindungan ini seperti kereta, rumah, tiket kapal terbang, dan beberapa lagi.
  • Lelong dengan Buyer Protection Program (BPP), ia hanya sah untuk bayaran yang dibuat melalui NetPay, dan pada barang-barang tertentu sahaja.

Tak semestinya kesemua sistem ni akan melindungi anda 100%, tapi bagus untuk anda tahu sebelum buat pembelian.

2. Pastikan rating dan review bukan dari cybertrooper

Hampir semua laman web untuk ‘online shopping’ mempunyai sistem rating. Perkara ni memang penting untuk anda tengok, lebih-lebih lagi jika penjual seorang individu (bukan syarikat), contohnya di Carousell.

Laman web seperti Carousell tiada sistem jaminan, sebaliknya ia hanya bergantung kepada persetujuan antara penjual dan pembeli. Jadi sebelum anda buat apa-apa urusan, pastikan anda berurusan dengan pengguna yang mempunyai rating dan review yang baik.

Untuk langkah tambahan, perhatikan bahawa review itu bukan review palsu. Kalau review hampir sama, mungkin penjual/pembeli beri review dengan akaun-akaun palsu mereka sendiri.

3. Ada macam-macam laman web untuk semak rekod scammer

Kalau pembeli/penjual tersebut berperangai pelik, ada beberapa laman web yang anda boleh guna untuk lihat sama ada mereka pernah dilaporkan atau tak, iaitu:

  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID), laman rasmi daripada Polis Diraja Malaysia. Diini anda boleh semak nombor akaun bank.
  • SCAM.MY, di mana anda boleh semak nama, nombor telefon, nombor akaun bank. Laman web ini ada lebih banyak rekod berbanding CCID, ada senarai scammer dan berapa banyak kes yang pernah dilaporkan buat setiap orang.
  • Tipu.my, di mana anda boleh semak nama, nombor telefon, dan nombor akaun bank.
  • Truecaller untuk semak nombor telefon datang daripada negara mana. Dipaparkan jugak pemilik nombor telefon.

Tapi jika perkara ini terjadi, anda telah bersedia.

Pastikan anda simpan resit atau sebarang bukti untuk pihak berkuasa jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!