Pemasangan ROM Android Untuk Peranti Melalui Web
Share

Google sebelum ini memperkenalkan Android Flash Tool, satu alat untuk memasang sistem operasi pada peranti Google Pixel, sama ada kemaskini terkini, memasang versi penuh, atau untuk format peranti.
Yang membezakan kali ini adalah cara pemasangannya kerana berasaskan web dan pengguna perlu menggunakan pelayar web.
Buat masa ini ia hanya boleh digunakan pada pelayar web berasaskan Chromium atau Chrome OS sahaja. Sejak kemas kini Chromium versi 61, sokongan WebUSB pemacu dapat membaca peranti peranti yang disambung melalui port USB.
Semua ini berfungsi kerana alat ini mempunyai fastboot.js iaitu sejenis protokol fastboot untuk sistem berasaskan web. Melalui ini, pengguna tidak lagi perlu memasang pelbagai pemacu, tidak lagi perlu menggunakan arahan cmd dan lain-lain lagi. Hanya perlu buka laman web tertentu, sambungkan peranti dan ikuti arahan di skrin.
An experimental version of our web-based installer for GrapheneOS is now available:https://t.co/29OBsANCta
— GrapheneOS (@GrapheneOS) January 24, 2021
This can be used from browsers with WebUSB support. Most Chromium-based browsers are supported including Chrome, Edge and Brave. No need to run any additional software.
Pada mulanya seorang pembangun di XDA (kdrag0n), hadir dengan ProtonAOSP iaitu custom ROM pertama yang berfungsi untuk Pixel 5 dan beliau menawarkan pemasangan melalui web seperti Android Flash Tool.
Terkini beliau membantu menulis alat pemasangan custom ROM lain untuk pemasangan melalui web.