Pembinaan Tesla Gigafactory 4 Di Berlin Dihentikan Verst E-Com );

Type to search

E-Com Tech

Pembinaan Tesla Gigafactory 4 Di Berlin Dihentikan

Share

Setelah kejayaan pembinaan Gigafactory 3 di Shanghai, China Tesla meluaskan sayapnya ke German untuk pembinaan Gigafactory yang keempat di Berlin.

Pembinaan Gigafactory 4 milik Tesla, inc diarah untuk menghentikan kerja pembinaannya buat sementara oleh Mahkamah Jerman.

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tesla, inc, Elon Musk telah mengumumkan pada November tahun lalu bahawa Gigafactory 4 itu akan dibina di Berlin, Jerman.

Menurut Reuters, syarikat tersebut masih belum mendapat kebenaran untuk melaksanakan sebarang aktiviti pembinaan namun Tesla mengambil risiko memulakan pembersihan hutan di kawasan tersebut.

Seluas 92 hektar kawasan hutan di Gruenheide bakal dibersihkan sepenuhnya untuk pembinaan Gigafactory 4 tersebut, menjadikannya kilang pembuatan kereta Eropah yang pertama di bina di Jerman.

I am raw html block.
Click edit button to change this html

Kawasan pokok yang telah dibersihkan

Aktiviti pembinaan kilang ini mendapat perhatian kumpulan aktivis tempatan iaitu Gruene Liga Brandenburg (Green League of Brandenburg) yang bimbang tentang impak pembinaan terhadap alam sekitar.

Meskipun hanya beberapa hari sahaja kerja pembersihan hutan itu akan tamat, mahkamah mengarahkan sebarang aktiviti dihentikan bagi mempertimbangkan bantahan aktivis tempatan tersebut.

Menurut Reuters, beratus penunjuk perasaan telah membantah pembinaan kilang tersebut yang memberi kesan terhadap hidupan liar dan bekalan air.

Tesla telah membeli hampir 300 hektar untuk pembinaan Gigafactory 4 di jerman yang dijangka beroperasi pada tahun 2021.

Gigafactory 4 di Berlin itu dijangka mengeluarkan sebanyak 500,000 kereta setiap tahun dan menawarkan kekosongan untuk 12000 orang.

Bagi menjawab kekecohan yang berlaku, Elon Mask menerusi laman Twitter-nya menyatakan bahawa Gigafactory 4 tidak akan menggunakan air dalam jumlah yang banyak dan hutan yang menerima impak tersebut bukanlah hutan semulajadi.

Elon Mask juga menyatakan bahawa Giga Berlin ini akan menghasilkan kereta lestari dan impak terhadap alam sekitar akan lebih positif.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!