Peminat Batman Boleh Dapatkan Setem Edisi Khas Pos Malaysia - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Peminat Batman Boleh Dapatkan Setem Edisi Khas Pos Malaysia

Share

Pos Malaysia baru-baru ini melancarkan set siri terhad ‘Batman’ dengan kerjasama Warner Brothers Consumer Products dan DC-dan rekaan yang ditampilkan cukup hebat.

Setem ini dilancarkan sempena ulang tahun ke-80 siri Batman, dan akan tersedia dalam 2 set berbeza.

Koleksi pertama, Folder Set 80 Tahun, boleh diperolehi pada harga RM120, dan hanya terdapat 8,000 set yang tersedia.

Di samping itu, terdapat juga Folder Set Khas 80 Tahun yang dilengkapi dengan sampul surat, paparan imej batman, dan poskad yang dengan reka bentuk Batman yang ikonik.

Pek Khas dijual RM10, dan hanya 40,000 unit disediakan untuk orang ramai.

Kedua-dua set kini boleh didapati untuk pembelian di pejabat pos di seluruh negara, anda juga boleh membeli secara online di www.eziEmall.com.

Menurut naib presiden eksekutif Pos Malaysia, Schrene Goh, idea ini adalah untuk menggalakkan generasi muda menjadikan setem sebagai hobi.

Sudah tentu, pembeli lain yang disasarkan adalah peminat Batman.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!