Pemudah Cara Dari Whatsapp Mampu sempurnakan Perniagaan Kecil Anda Verst

Type to search

E-Com ecommerce

Pemudah Cara Dari Whatsapp Mampu sempurnakan Perniagaan Kecil Anda

Share

Jika anda seorang yang menggunakan WhatsApp untuk menjalankan perniagaan , atau anda telah cuba membeli produk dari perniagaan kecil melalui WhatsApp, anda pasti tahu bahawa ia boleh menjadi proses yang membosankan.

Biasanya, banyak foto dihantar oleh si penjual, dan jika anda ingin membeli beberapa barang, anda perlu membelek gambar-gambar tersebut.

WhatsApp kini telah menambahbaik kelengkapan pasaran usahawan yang semakin berkembang dengan memperkenalkan Whatsapp Katalog untuk Perniagaan Kecil, ini membolehkan pengguna aplikasi WhatApp Business iaitu penjual memaparkan katalog produk mereka dalam aplikasi WhatsApp.

Sebagai tambahan, penjual boleh memasukkan penerangan perniagaan, alamat, serta waktu operasi dan butiran lain, setiap pemilik perniagaan kini akan mempunyai seksyen katalog yang akan memaparkan dan mempamerkan produk mereka.

Setiap barangan juga boleh dimasukkan maklumat yang lengkap-termasuk harga, perihal, kod produk dan banyak lagi.

Dijangkakan usahawan mikro dan mereka yang terlibat dalam e-dagang akan menggunapakai katalog untuk perniagaan WhatsApp, dengan majoriti cara komunikasi sudah pasti melalui WhatsApp.

Dunia e-commerce semakin pesat membangun kini.

Ciri ini hanya tersedia untuk pengguna aplikasi perniagaan WhatsApp pada iPhone dan Android di Brazil, Jerman, India, Indonesia, Mexico, UK dan Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, WhatsApp mengatakan bahawa ciri itu akan dilancarkan ke seluruh dunia “tidak lama lagi “.

Sumber: Whatsapp Blog

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!