Pengguna Setel Kini Boleh Buat Pembayaran Secara Digital Di Pusat Servis Petronas AutoExpert );

Type to search

Apps E-Com

Pengguna Setel Kini Boleh Buat Pembayaran Secara Digital Di Pusat Servis Petronas AutoExpert

Share
setel

Setel merupakan salah satu aplikasi dompet digital yang menyokong pembayaran di stesen minyak Petronas.

Dimulakan dengan fokus terhadap pembayaran pembelian minyak kenderaan, Setel juga telah diperluaskan untuk pembayaran pembelian di Kedai Mesra Petronas sebelum ini.

Baca: Viral – Stesen Minyak Petronas Paling Mewah Di Malaysia 

Baca: Petronas Buat Kisah Pemadam Negeri Bekerjasama Lawan Kucing

Terbaru, Petronas turut memperluaskan sokongan aplikasi mereka, dan menambah kebolehan untuk membuat pembayaran untuk tujuan servis kenderaan di Petronas AutoExpert.

setel

Dengan perkembangan terbaru ini, ia telah menjadi satu aplikasi setempat untuk pelbagai urusan pembayaran melibatkan kenderaan.

Buat masa ini, terdapat beberapa Petronas AutoExpert yang menyokongnya, termasuk di Shah Alam, Seri Manja, Seri Kembangan, Wangsa Maju, Sri Batu Caves, Bandar Bukit Raja, Kajang, dan Bandar Rinching Semenyih.

Pembayaran menggunakan aplikasi ini juga akan memberikan anda mata ganjaran Mesra yang boleh digunakan untuk beberapa tujuan, termasuk penukaran ke kredit aplikasi ini.

[Sumber: Setel]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!