Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Memandu Kini Akan Dipenjara Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Memandu Kini Akan Dipenjara

Share

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka, PDRM telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa pesalah mengikut Peraturan 17A, LN166 / 59 akan dikenakan denda hingga RM1,000, atau penjara hingga tiga bulan.

Dimana kesalahan kali kedua dikenakan denda hingga RM2,000, dan / atau penjara sehingga enam bulan.

Menurut PDRM, perubahan itu berlaku berikutan banyak rakyat Malaysia terus mengabaikan undang-undang mengenai penggunaan telefon pintar semasa memandu, walaupun terdapat kesan akibat yang jelas.


“Masyarakat sendiri sedar bahawa penggunaan telefon bimbit semasa menunggang atau memandu kenderaan menjadi antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya.”


Oleh itu, kesalahan menggunakan telefon semasa memandu kenderaan kini dianggap sebagai kesalahan yang tidak dikompaun. Ini bermaksud bahawa pesalah akan diminta untuk membuat pengadilan di makhamah untuk menyelesaikan kes-kes individu, berbanding kompaun yang biasanya dibayar sebelum ini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!