Penstriman Video Rakyat Malaysia Lebih Tinggi Dari Thailand Mengikut Laporan Opensignal - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Penstriman Video Rakyat Malaysia Lebih Tinggi Dari Thailand Mengikut Laporan Opensignal

Share

Opensignal baru sahaja mengeluarkan laporan “State of Mobile Video Experience” terbarunya dan nampaknya trend telekomunikasi di Malaysia telah menunjukkan beberapa penambahbaikan dalam segmen video mudah alih.

Skor pengalaman penstriman video mudah alih keseluruhan untuk Malaysia meningkat daripada 47.1 mata pada 2018 kepada 54.4 mata pada 2019.

Walaupun ia adalah peningkatan sebanyak 7.3 mata, Malaysia masih dikategorikan dalam kategori “Fair” dan ia hanya 0.6 mata di bawah kadar “Good Quality” sebanyak 55 mata.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-11 di Asia Pasifik dan no.5 dalam ASEAN, kini kita berada di bawah Myanmar, Vietnam dan Laos.

Apabila dibandingkan dalam kadar tempoh yang sama tahun lepas, Malaysia telah mengatasi Thailand dan Kazakhstan tetapi kita masih ketinggalan dari Myanmar, Vietnam dan Laos.

Singapura masih menjadi peneraju di rantau ini dengan skor pengalaman video mudah alih keseluruhan sebanyak 74.0, diikuti oleh Australia pada kadar 72.5 dan Taiwan (71.9).

Laporan pengalaman video mudah alih di seluruh dunia adalah berdasarkan 94,086,045,513 ukuran yang diambil dari 37,671,772 jumlah keseluruhan peranti.

Laporan ini merangkumi tempoh dari 1 Ogos hingga 30 Oktober 2019.

Menurut Ketua Pegawai Opensignal, Brendan Gill, mereka menguji pengalaman tontonan pengguna penuh dari memuat turun dan kadar kualiti melalui kualiti gambar untuk memberikan pandangan yang paling tepat tentang apa yang disukai pengguna biasa yang menonton video melalui peranti mudah alih.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!