Percaya Tak, Bakteria Pada Komputer Lebih Banyak Dari Toilet Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

Percaya Tak, Bakteria Pada Komputer Lebih Banyak Dari Toilet

Share

Pernahkah anda bayangkan berapa banyak bakteria dan kuman yang ada di toilet? Mungkin Anda akan berfikir ia terlalu banyak.

Tapi, pernahkah terlintas dalam fikiran anda benda apa yang memiliki kuman lebih banyak dari toilet? Salah satu benda yang memiliki kuman lebih banyak adalah ‘Keyboard’ komputer atau laptop anda.

Perkara ini telah dibuktikan oleh berbagai kajian di seluruh dunia.

Menurut The Independent, satu kajian di Australia menemukan bahawa keyboard komputer atau laptop memiliki jumlah bakteria 400 kali lebih banyak dari tandas.

Sebuah hospital di Chicago, US menjumpai keyboard komputer yang diduduki bakteria Staphylococcus yang dikatakan mempunyai daya tahan tinggi dari ubat seperti MRSA hingga 24 jam.

Bukan itu sahaja, hospital di Belanda dalam kajian terhadap 100 keyboard. Menemukan 95 keyboard positif mengandung bakteri Streptoccocus, Staphylococcus, dan patogen lain.

Hal ini menjadikan keyboard sebagai benda paling kotor di unit rawatan intensif hospital.

Kajian lain yang dilakukan oleh CBT Nuggets menemui keyboard yang 20 kali lebih kotor berbanding tempat duduk tandas.

Kita sering menggunakan komputer atau laptop dan apabila keluar atau makan, kita terus menggunakan komputer tanpa mencuci tangan dengan sempurna.

Kita juga sering makan di komputer atau mengetik keyboard sambil mengerjakan sesuatu kerja lain, tidak lupa juga bila kita bersin, batuk, atau bercakap di depan komputer. Inilah yang menyebabkan keyboard komputer atau laptop penuh dengan kuman.

Melihat begitu banyak jumlah kuman dan bakteri yang duduk pada keyboard tentu menuntut pembersihan kerap dilakukan.

Menurut Science Alert, sebagian besar ahli mikrobiologi setuju bahawa setiap orang harus membersihkan komputer dan keyboard sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Doktor dari National Center for Health Research (NCHR) menyarankan, keyboard hospital harus dibersihkan dengan desinfektan lebih kerap.

Mereka menyarankan pembersihan sehari sekali. Pihak NCHR juga menyarankan untuk mencuci tangan sebelum dan sesudah menggunakan komputer.

Oleh itu, anda harus kerap mencuci tangan dan membersihkan meja kerja seperti yang disarankan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!