Perisian Malware Mac Baru Tersebar Melalui Projek Xcode Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

Perisian Malware Mac Baru Tersebar Melalui Projek Xcode

Share

Kebiasaannya amat sukar bagi Malware menyerang Mac, tidak seperti yang kerap berlaku pada Window. Namun, baru-baru ini Trend Micro menemui sejenis malware yang mudah hinggap pada Mac.

Terbina melalui cara yang tidak biasa berlaku, iaitu melalui projek pembangun Xcode.

Buat masa ini, tidak jelas kaedah yang digunakan oleh perisian Malware ini terbina melalui projek Xcode. Tetapi, setiap kali projek yang dijangkiti sedang dibina, ia juga memasukkan kod berbahaya kedalam projek tadi. Ini menyebabkan malware masuk ke dalam sistem untuk menjangkiti.

Setelah berada dalam sistem yang dijangkiti, ia mampu melakukan pelbagai perkara berbahaya. Ia dapat mencuri data pengguna dari berbagai aplikasi, mengambil imej pengguna sistem, dan memuat naik fail dari sistem yang terjejas ke pelayan penggodam. Sekiranya perkara teruk terjadi, malware akan mengenkripsi file seperti ransomware biasa.

Kerana perisian Malware ini merebak semasa pengembangan perisian, potensi penyebarannya cukup besar. Terutama kerana kod binaan sering dapat dikongsi di repositori seperti GitHub.

Perisian baru harus berhati-hati, dan memeriksa secara menyeluruh integriti projek mereka untuk menghentikan penyebaran Malware ini.

Sumber: Trend Micro
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!