Permainan Video Pilihanraya Amerika ini Bolehkan Kamu Bertarung ala “Street Fighter” dengan Donald Trump - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Permainan Video Pilihanraya Amerika ini Bolehkan Kamu Bertarung ala “Street Fighter” dengan Donald Trump

Share

Kalau tak dapat memukul secara fizikal, tumbuk secara “online” pun sudah memadai.

Ini yang menarik tentang permainan video versi PC baharu bertajuk “Yang2020”, merujuk salah seorang calon Pilihanraya Presiden Amerika 2020, Andrew Yang, melalui platform permainan STEAM yang bakal dilancarkan 30 Disember ini.

Permainan yang dihasilkan oleh pembangun bebas, Sam Valley, permainan ini berkisar tentang perjalanan calon Presiden 2020, Andrew Yang bermula dari kempen awal beliau sehinggalah terpilih menjadi calon. Namun, bukan hanya karekter beliau yang ada.

Pemain boleh memilih calon-calon lain seperti Bernie Sanders, Elizabeth Warren, Cory Booker dan lain-lain untuk berlawan dengan Presiden semasa, Donald Trump.

Setiap karekter dilengkapi dengan kebolehan serangan khas masing-masing ala permainan “Street Fighter”.

Dalam ciapan Twitter beliau, Yang berkata beliau banyak menghabiskan waktu remaja dengan bermain permainan Street Fighter.

Setakat ini, belum diketahui berapakah harga permainan tersebut dijual di platform STEAM.

Anda boleh melihat contoh permainan melalui video yang E-Com lampirkan di bawah:

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!