PlayStation Store Akan Mengenakan Cukai Digital 6% Bermula 1 Januari 2020 Di Malaysia - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan Editor Review

PlayStation Store Akan Mengenakan Cukai Digital 6% Bermula 1 Januari 2020 Di Malaysia

Share

PlayStation Store Sony akan memasukkan cukai SST 6% dalam semua produk jualan dan perkhidmatan langganan yang boleh dibeli dalam platform mereka mengikut apa yang telah dinyatakan pihak kerajaan melalui Akta Cukai Perkhidmatan Malaysia (Pindaan) 2019.

Perkara ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020 jam 8 pagi (Masa Malaysia).

Berikutan perkara ini, kemas kini harga barangan berjalan antara 4 ke 6 Januari 2020.

Sony juga menjelaskan bahawa cukai digital 6% tidak akan terpakai apabila anda ‘topup’ dompet di PlayStation Store.

Apa yang melegakan, buat masa ini tiada perubahan untuk harga langganan PlayStation Plus. Langganan masih kekal untuk 1 bulan RM29 manakala langganan tahunan berjumlah RM159/1tahun.

Cukai digital 6% yang diumumkan semasa pengumuman Bajet 2019 lalu merangkumi semua perkhidmatan dalam talian termasuk langganan untuk perkhidmatan atau produk muzik, permainan, filem, perisian, streaming, penyelesaian perusahaan dan pengiklanan dalam talian.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!