Technipod, Podcast Bagi 'Gamer' Dan Teknologi Baru - E-Com );

Type to search

E-Com Review

Technipod, Podcast Bagi ‘Gamer’ Dan Teknologi Baru

Avatar
Share

Penggemar teknologi dan para ‘gamer’ Malaysia kini boleh strim ‘TechniPod’, siri SYOKcast berbahasa Inggeris (podcast) tempatan yang membincangkan mengenai aktiviti menarik berkaitan e-sukan, e-permainan, berita berkaitan permainan video, komputer, gajet secara eksklusif di SYOK.

Dihoskan bersama oleh Aiden (zero_aiden) dan Nav (navsgames), dua ‘streamer di Twitch dan juga perunding IT yang berpengalaman luas dalam e-sukan, permainan dalam talian dan industri IT. Selain itu juga, seorang lagi penyampai iaitu, Cat, trio ini akan membawa pendengar melalui satu siri perbincangan yang menghiburkan, untuk mengetahui perkembangan teknologi terkini dengan beberapa sorotan permainan, alat kegemaran mereka dan banyak lagi.

podcast

Peminat kini dapat menikmati podcast episod 1 hingga 4 melalui SYOKcast ‘TechniPod’ yang terdapat di aplikasi dan laman web SYOK. Episod baru akan tersedia pada setiap hari Selasa jam 10 pagi!

‘TechniPod’ menawarkan podcast 10 episod, yang akan memaparkan topik menarik dan praktikal dalam industri permainan dan teknologi dalam talian termasuk: Perang Konsol Permainan, Media Sosial, E-Whatlets?, E-Sports Selama Pandemik, Belajar Melalui Permainan, Bercakap Tentang Permainan Video, Sisi Teknologi Yang Unik, Pilih Telefon bimbit Anda, Apa Resolusi Tahun Baru Anda, 4K?, dan Tech Rewind 2020.

#SYOKcast #Technipod

Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!