Pokemon Legends: Arceus Satu Kelainan Untuk Para Peminat );

Type to search

E-Com Gaming

Pokemon Legends: Arceus Satu Kelainan Untuk Para Peminat

Share

Dua hari lepas syarikat yang terkenal dengan permainan serta anime Pokémon telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan sebuah permainan baharu iaitu Pokemon Legends: Arceus.

Ianya akan dilancarkan melalui Nintendo Switch pada awal tahun hadapan dimana ia akan mengangkat konsep dari wilayah Sinnoh dan menambah beberapa perubahan yang menarik.

Konsep permainan ini akan membawa pemain ke zaman Jepun kuno dan yang menariknya watak utama permainan tersebut akan memakai pakaian klasik Jepun.

Legends
Sumber: Pokemon.Com

Tambahan lagi, kali ini pemain tidak perlu lagi bertarung jika hendak menangkap pokemon liar.

Ianya seolah permainan konsep RPG dan ia sememangnya dinantikan oleh para peminat kerana mereka sudah sedikit bosan dan inginkan sesuatu yang berlainan dari pihak syarikat Pokémon.

Masih belum banyak lagi informasi yang ada mengenai permainan ini. Namun ianya berjaya mendapat reaksi yang positif dari para peminat dan mereka seakan tidak sabar untuk mencubanya.

Anda boleh saksikan trailer di bawah:

[Sumber: Polygon]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!