Powerbank Meletup Dalam Penerbangan AirAsia, Terpaksa Mendarat Di Ho Chi Minh - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gajet Pilihan E-Com

Powerbank Meletup Dalam Penerbangan AirAsia, Terpaksa Mendarat Di Ho Chi Minh

Share
AirAsia

Penerbangan AirAsia dari Malaysia ke Hong Kong, dilaporkan terpaksa dialihkan ke Ho Chi Minh City untuk melakukan pendaratan kecemasan disebabkan oleh powerbank yang meletup dan menyebabkan kecederaan kepada penumpang penerbangan AK130.

Seorang penumpang cedera semasa penerbangan dimana mangsa berusia 26 tahun. Berikutan kejadian ini menyebabkan kru penerbangan menghubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat dan melencongkan pesawat untuk membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang berkenaan.

Mangsa dibawa ke Hospital Cho Ray selepas menerima rawatan perubatan di lapangan terbang, dengan tiada kecederaan teruk dilaporkan.

Sebelum penerbangan diteruskan ke Hong Kong dalam pesawat baru, penumpang terpaksa menghabiskan malam mereka di dalam pesawat yang melakukan pemeriksaan lanjutan.

AirAsia pernah menimbangkan untuk mengharamkan penggunaan powerbank semasa penerbangan, walaupunbagaimanapun rancangan ini tidak pernah menjadi.

Mungkin penggunaan bateri untuk proses pengecasan sesuatu gajet semasa penerbangan perlu diberi perhatian oleh syarikat-syarikat penerbangan di luar sana.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!