Principal Lancar Pelaburan Secara Digital Dengan Kerjasama TnG );

Type to search

Apps E-Com

Principal Lancar Pelaburan Secara Digital Dengan Kerjasama TnG

Share

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Verst hari ini, Principal Asset Management (Principal) dengan kerjasama Touch ‘N Go akan menawarkan perkhidmatan pelaburan secara digital iaitu Dana E-Tunai Utama.

Dana E-Tunai Utama akan segera dilancarkan melalui aplikasi E-Wallet TnG untuk membolehkan pengguna menikmati kemudahan membuat pelaburan asas pada kadar serendah RM10 sahaja.

Menurut Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Principal turut teruja bekerjasama dengan pihak TnG kerana teknologi memainkan peranan yang semakin penting dalam setiap aspek kehidupan.

Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Principal.

 

‘Jangka panjang kerjasama ini adalah ditetapkan untuk mempercepatkan pembangunan pelaburan eWallet penyelesaian untuk berdiet.

‘Dalam usaha kami untuk menangani segala keperluan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kewangan mereka, setiap rakyat Malaysia kini boleh mula untuk melabur dan memupuk tabiat melabur, berjimat dan berbelanja dengan bijak,’ katanya.

TnG Digital adalah pemilik dan pengendali Touch ‘N Go eWallet, peneraju aplikasi pembayaran digital di Malaysia.


‘Principal akan terus memberikan komitmen dalam kembangkan lagi transformasi digital untuk menyediakan penyelesaian pelaburan holistik yang mampu milik demi membantu rakyat Malaysia untuk mengecapi matlamat kewangan jangka masa panjang mereka.

‘Kami juga akan terus berusaha mencapai potensi yang terbaik dalam menyelesaikan pelaburan digital dengan mengambil kira keperluan rakyat yang sentiasa berubah.’ kata Munirah.

Terdahulu, pada tahun 2019, Principal telah memperkenalkan dana terpilih menerusi platform talian layan diri KWSP, i-invest, untuk galakkan lagi rakyat Malaysia melabur secara digital demi keperluan persaraan mereka.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!